▄▀▄Sahabat Karib Saya▄▀▄

Sunday, February 22, 2009

Shuffle itu seni!!

Pelbagai cara dilakukan oleh remaja kota untuk mengekspresikan diri dan perasaan mereka. Salah satu daripadanya ialah tarian shuffle bersama kumpulan masing-masing dan tarian ini dilihat semakin popular di Malaysia. Tarian yang bermula di kalangan remaja Melbourne, Australia pada sekitar lewat 1980-an ini merupakan kombinasi antara muzik elektronik rancak serta gerakan tubuh yang dinamik khususnya pergerakan pantas antara tumit dan jari kaki. Walaupun bermula sebagai satu aktiviti underground di Australia, tarian itu mula mendapat tempat dan tersebar ke seluruh dunia apabila didedahkan oleh sebuah akhbar negara itu dan kemudiannya memasuki Internet terutama menerusi laman web YouTube. Ada maklumat menyatakan tarian shuffle di Malaysia mula dipopularkan oleh Apek Whuut, seorang DJ yang menubuhkan kumpulan shuffle pertama di Malaysia kira-kira dua tahun lalu.Diharapkan tarian itu dapat menarik lebih ramai golongan muda melibatkan diri mereka daripada membuang masa dengan kegiatan yang tidak berfaedah seperti merokok dan melepak.

No comments: