About Me

My photo
biasa, tak pendek, tak gemuk, tak tinggi tapi perasan ensem.. sikit jar ar.. Be my follower and i will be you greatest follower ^-^ Peace!!

▄▀▄Sahabat Karib Saya▄▀▄

Sunday, November 29, 2009

Miss Keh??

Alkisah lah seorang dara yang cantik lagi rupawan tapi tahap kebodohannya agak kritikal, disebabkn tulah seeloknya dia dikenali Sunti telah menang Miss Kampung Kelapa 4 Tahun berturut selepas Mak Cik Goyah pencen dari pertandingan…

One day, Sunti pergi ke Kedai Pak Pesot tuk beli kelapa.

Sunti: Kelapa sebiji, tak nak kulit

Pesot: Buat aper kelapa ni Miss Sunti..

Sunti: Entah, bapa suh beli.

Pesot: Kelapa dah habis Sunti, kalau nak Sunti p lah panjat pokok kelapa tu, pak cik bg free.

Sunti pun dgn semangat panjat pokok kelapa tu bila terdengar perkataan FREE.

Pak Pesot dengan penuh berahi pandang ke atas, menikmati panorama hutan tebal yang berbukit bukau … kebetulan emak Sunti lalu kedai Pak Pesot selepas balik dari forum gossip..Dengan terperanjat mak sunti menjerit melihat anaknya panjat pokok kelapa.

Emak: Suntiiii!! Dia orang nak tengok seluar dalam kau!!

Sunti: Ye ke mak?. Er.. Er.. Takpe mak!(Sunti menjerit balik) Sunti tak pakai seluar dalam pun!

Monday, November 23, 2009

Sangat Kesian !!!

Ayah: adik, cepat! Selamatkan diri sebelum gunung satu lagi meletup!!

Adik: tapi ayah, ayah macam maner?? Adik tak boleh pergi tanpa ayah!!

Ayah: PERGI !!!! Saya kata PERGI !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Badan adik dah berpeluh-peluh. Lava yang berwarna putih meletus tegak tinggi. Menggelegak. Blup, blup, blup..

Lereng-lereng runtuh satu persatu. Adik kena cepat. satu gegaran yang kuat seakan gempa bumi. Adik terjatuh dan hampir-hampir saja termasuk dalam kawah yang besar…

Lautan lava putih di bawah makin lama makin meninggi. Lava putih tersebut diikuti oleh lava berwarna merah…blurp..blurp… Adik jerit, "Ayah!!" Tapi ayah terus dtelan oleh lava putih.Adik lompat dari satu batu ke satu batu dan akhirnya sampai di satu kawasan rata. Di tepi dinding gua tu ada satu lubang hitam kecik. Di situ, adik masuk untuk menyelamatkan diri…

:

:

:

Arghhhh!!! Jerit Pesot dengan gigihnya memicit Jerawat yang dah cukup masak depn cermin… Pesot menahan kesakitan yang amat sambil memicit sehingga lah keluar cecair kaler puti dan darah..GIGIH sekali!

Saturday, November 21, 2009

Blogger jadi Model Jepun!

Waduh! Waduh! Dah lama beta tak mengupdate blog beta ni tapi tetap bersyukur sebab tetap ramai peminat (erm..ada fan keh??) tak enti2 melawat blog I ni..sebenarnya bukannya aku x ad idea but i balik bersekolah so very2 busy…but I ttp syukur gak sebab sem ni dapat gak dean list lagi ke 6 haha..ok straight to my crazy writing..

!!Pencarian Model Malaysia bermula!!
1. Korang nak jadi model? Kebetulan, kebetulan sahaja, kitaorg mencari model untuk tuk antar ke Jepun!!

2. Muka korg mestilah meletop! Extreme Super Duper Ultra Hard High tip-top dan mantop!

3. Mesti pandai! EXAM mesti markah 100% (kalau BM 30%, Sejarah 20%, Math 30, Bi 20% hasil tambah semua =100%.erm.. boleh lah jugak!)

4. Yang kureng menepati criteria atau tak MEMENUHI syarat then akan MEMENUHI tong sampah mickey mouse I, sorry to say.. U Rejected!

5. If selected, kitaorg akan jadikan korang model full time, part time merangkap cleaner dan korg boleh jadi femes macam Richeal Phil atau Amber China. Betul, Betul, Betul!


6. Jika korang fikir korang layak (katakan YES dalam hati), hantar kan ke….malaysiancleaner@cleaner.com


P.s: Oh yah, P Jepun tak ada life insuran ok!! Sb Jepun tu selalu ada raksasa, nanti kalau terperangkap dalam pertempuran Ultraman dan raksasa, insuran tak tanggung k!! self service k!!

Saturday, October 10, 2009

Tema: Jalan Raya Sesak( tak sesak sebenarnya bu-wekk)



Posted by Picasa

Nantikan tema seterusnya ya, pokok-pokok besar.



Posted by Picasa



Posted by Picasa

Sunday, September 20, 2009

Cuba Elakkan Baca!!

Versi Petronas
Aiman: Ayah, ni burung aper?
Ayah: Ni burung murai...

Aiman: Burung aperr??
Ayah: Burung murai

Aiman: Burung aper????

Ayah: Burung murai sayang...

Aiman: Burung aper....
Ayah: Burung murai nakk...
Versi Siput pulak(Ehsan SMS )..
Aiman: Ayah, ini Siput apa?
Ayah: Siput babi sayang...

Aiman: Siput apa?

Ayah: Siput babi nakk..

Aiman: Siput apa?

Ayah: Siput babi
Aiman: Siput apa?
Ayah: Siput babi...
Anak: hehehehe(anak gelak gelak pulak)....Siput apa?
Ayah:
SIPUT LA.....BABI! SIAL!!!!!!!!
Versi MAK Saya
Anak: mak, tu burung ape?
Mummy:
Burung Murai, nakk.
Anak
: Burung ape?
Mummy:
Burung Murai.
Anak: Burung ape?
Mummy:
Burung Murai.
Anak: Burung ape, mak????
Mummy
: EEEEeeee!!!! BURUNG BAPAK KAU PANDAI !! TULI BETOL!!! BIKIN GERAM!!!!!!!
Anak: Burung Bapak??? (Bila umo aku 18 bulan baru paham maksud ibu)..

Esok nyer saya tanya mak soalan sama tapi telur apa pulak...
jawapan mak sama dengan dialog atas cuma perkataan burung tu change to telur...
do u get it...)-_-(
P.s:::::burung ayah tu maksudnya burung murai binatang kesayangan ayah punya..ish ish ...kau jgn pikir benda laen pulak! sumpah kau jadi peti ais karang ....

Saturday, September 12, 2009

Raya! Raya! Jom p Kuburan!

Photobucket

Khabar semua?
semoga jauh dari selesma VAVI! First time letak gambo beta kat blog ni hah...tu pun eklusif tuk raya edition jeh kekeke..
Besalah low profile jeh ...

-hah? ape?? Muka i mcm lelaki terkiut sensasi....bio betol!! hehe ✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖ Raya ni pulak, tajuk entri saya nak tulis pasal p kubur, bukan cite antu lah! Waktu Raya jeh, confirm menjengah kubur kan.. dah nama setahun sekali, mesti korg selalu konfius kubur mane korg nak ziarahi sebab semua kubur sefesyen jeh design nyer! apa kata korg try proposal i ni....
✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖ 1. Try pasang sistem gps kat kubur tu, kan mudah.. save coordinate sekali kat hp 3Gajah (3G) korg tu hah..
2. Korang tempahlah papan tanda atau buat banner sendiri lg mudah.. lagi cheap...letak nama arwah dan colour biar terang sikit macam oren menyala atau glow in the dark keh??

3. Lebih senang, buatlah satu kaunter pertanyaan kat kubur, kalau ramai orang, buat lah sistem giliran nombo macam kat bank tu kan...

4.Last sekali, khidmat tourist guide atau nama komersial sikit "kubur guide".. tanya jeh dia, biar dia yang tunjukkan jalan...macam pekerja hotel tu lah!

Amacam? pintar tak i huhu!

P.s: apa yang penting? Kejesame! Apeee yang penting? Kejeeeeeesame! wonderpet! Wonderpet!

P.s.s : Apa yang penting? Buku agama!!!! Apa yang penting? Solat bersama!!!! Wonderpet pun boleh bawa kiter ke jalan yang benar...kan kan kan...


P.s.s.s: SELAMAT HARI RAYA KEPADA SEMUA BLOGGER!!

Thursday, August 27, 2009

Wat u should do! U should...

✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖

Perkara yang perlu anda buat untuk sambut KEMERDEKAAN MALAYSIA!! Bukan sunat! Tapi Wajip!
1.Tak kisahlah keta pinjam, keta sewa, keta rosak, keta sorong, keta api, keta kebal… semua korg wajip letak bendera!

2.Selebret Merdeka ni setaraf ngan raya, so kalo esok merdeka, cepat2lah tukar sofa baru, peti ais, tv plasma, pinggan, pasu, pagar umah, lampu Kristal..lalala..dan gf baru> Ops! typing error!

3.Jahit kostium merdeka. Especially kaum India, beli siap 10 meter kain! Nak gulung badan buat sari guna 10m kain tu entah cukup ke tak? Apelagi sedozen anak=120 m kain!

4.Anti penjajahan! Sempena bulan kemerdekaan ni, haram kan penggunaan barang jepon! Maksudnya, sebulan NO selipar jepun, NO movie jepon, NO Toyota, NO naruto, No toshiba lalala…(makan sushi dikecualikan sbb tu x dapat dielakkan..huhu)

5.0n merdeka nite..wish merdeka semoa org mcm wish birthday.. Tak paham ayat ni…Ok2! Sebagai contoh! Jumpa apek jiran, cepat2 wish “Selamat Hari Merdeka uncle Wong, minta angpau. ” ..dapat juga free angpau atau free kick Kankankan!

Harus buat taw! Mesti patriotic sikit..kalau lu tak buat, aku suruh Samurai tu serang hang baru taw!

p.s : Samurai=Warga yang pakai topeng H1N1!
✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖

Monday, August 17, 2009

Jangan Baca! Bahaya!

✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖
Pada suatu hari…
Sambil termenung….
Saya memikirkan keadaan diri saya..
Adakah kehadiran saya…
Telah membawa sesuatu yang bermakna kepada ahli keluarga saya…
“Pit pit pittt!”…bunyi handphone nokia satelit saya berbunyi…
Oh rupanya sms dr adik kesayangan saya…
Sms tu berbunyi…
✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖
“Semalam saya telah bermimpi yg Tuhan tgh mengira bilangan malaikat di surga, ternyata ada satu masalah besar...
Surga telah menjadi kecoh disebab malaikat yang paling murni dan baik telah hilang….
Sssshhhh…saya nak bagitaw awak satu rahsia dan tolonglah jgn bagitaw org lain…malaikat yang hilang tu sebenarnya tgh baca mesej ini sekarang…^-^ ”

✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖
SMS tersebut telah menyebabkan hati saya tersentuh..
Apakah yang patut saya jawap…
a. Terima kasih adik, awaklah malaikat tu sebenarnya..
b. Terima kasih adik, adiklah malaikat yg cantik sekali..
c. Terima kasih adik, akan abang simpan mesej ni selama-lamanya…

Oh… manakah harus saya pilih…
Pit Pit pittt..sms masuk lagi…
Sms tu berbunyi…
✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖
“Beruang masin!~ adik salah hantar mesej, abang jgn pulak perasan malaikat tu abang..EEeeee..pleeaassselah.. Wokeh! Chow!"
✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖
Apakah patut saya jawap..
a. Bangsat kau! Putus terus hubungan adik-bradik!
b. Setan betol lah kau! B*b*! tut tUt tutt…
c. OKU! muka n badan macam badak sumbu yg extremely gemok!

✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖
P.s: Glossary::::
Nokia satelit=Nokia 335O
Beruang Masin: Teddy Bear yang yang paling handsome keke

Friday, August 7, 2009

Erik...7.8.2006

✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖
Erik..
You went far away to study again...
You graduated but I was not there to see...
You started to work and was so happy...
Then you collapsed and was in ICU for 32 days...
You never woke up...
Now you are gone forever...
you never even said "Goodbye"...
I know that life is not permanent but having and losing you make me sad...
Three years had passed and tears still linger...

"I maybe laughing on the outside but I am crying in the inside"

7.8.2006.....Three year had passed Erik.. I still miss our friendship... -_-

✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖
P.s:Special entry for my best ever friends..Erik...

Tuesday, July 28, 2009

Jumpa hantu lagi!!


✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖
P.s: Maaf bah, tak dapat taip bah, demam bah.. Tapi bukan demam VAVI bah..kenapa bah, Kenapa bah kau berubah(selit lagu stacy sikit ^-^)!!

P.s.sCepat komen bah, supaya saya sembuh bah!! bah bah bah!
✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖

Wednesday, July 22, 2009

3 perkara yang korang tak tahu!!

Watak: Kucing nama Suresh dan Kucing nama Shanti
Scene: aras bilik aku
Mangsa: habis buat bising, aku nak tido pun susah giler! Dahlah esok ader test!!
Masa : 1.20 AM
Konfrontasi antara dua kucing tu telah mewujudkan 3 teori bijak aku.. bijak kan(hah, aku nampak korang angguk, betol lah tu )
Ader 3 kemungkinan kucing tu gaduh..

✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖
✖a. Ejek mengejek dan gurau berlebihan
Shanti: kucing buangan !!! tak tahu malu punya kucing!! Miaw!! Miaw!! Kucing muka setan!! Miaw!!
Suresh: Oi minah, kau tu kucing kurap,, sial nya betina kurang ajo…miaw!!MIaw!! Miaw!!
Sambil tarik rambut , ehh salah ., tarik bulu hah..

✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖
b. Test vocal nak masuk Cat Idol
Suresh: Gemilang itu semakin pasti ku gengam!!!! MIAW!! MIAW!!MIAW!!! Gementar harus jangan jiwaku harus bertenaga!!! Wooooooo…meowww!!!!!!!!
Shanti: You can stand under my Umbrella.. Miaw miaw mi mi mi( ala2 mcm Ella ella eh eh eh) ..Under my umbrellaaa…

✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖
c. Beromen
Paviti: Cepat lah bang, laju lagi… laju lagi..tUT TUT tTUUUTTTTT..----maaf, saya tak patut masuk teori ketiga ini!!

✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖

P.s: kot laa ada tuan punya kucing shanti & Suresh kaler kelabu/hitam dok kat area asrama aku yg kehilangan kucing, jgn la laporkan ke balai berhampiran ek… kucing anda selamat di tempat yg baru… dan mungkin dia lebih bahagia di sana… hehehe…

Sunday, July 19, 2009

Makan Bangkai!!!

✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖
Cupin: Dik, dik! Jom maen teka-teki!!
Cipin: Jom! Jom!…abang dulu!
Cupin: Ok ok..Dalam banyak2 bangkai, bangkai ape yang boleh dimakan??
Cipin: Huhhh?? Pelik noh.. ermmmm…adeerkeh bangkai boleh di makan hah..
Cupin: Aderlah, sedap jeh!
Cipin: Adik akun..pelah jawapannya??
Cupin: Bangkai…..bangkai …BANGKAI AYAM!!! Keke
Cipin: Huh??##$%, abang giler keh ape, mane ade org makan bangkai ayam!
Cupin: aderlah, selalu jual kat pasar malam hah.. semalam kan baru beli..
Cipin: Hah?! Tu bukan bangkai ayam lah… tu RANGKA AYAM lah bang oiiii..
Cupin: Oh yekeh… dah tukar nama yeh ..tak perasan pulak..
Cipin: STUPID PLUS PLUS btol!!! “-*

✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖

Thursday, July 16, 2009

Jumpa Hantu!!!

✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖
Cite ni dicite oleh mat yg kerja sebagai ex-sekuriti di kilang.

Pada satu malam 4 tahun yang lalu, ..semasa mat balik naek motor kul 12 pagi habis sif..

Dia pun tak berapa ingat malam tu tapi yang pasti bila dia lalu satu simpang dekat hutan tebal, dia nampak seorang perempuan gemuk memakai baju batik putih(betol obesity! Tak tipulah!!) melambai2 di tepi jalan…

Mat sgt kesian ngan pompuan sihat tu tetapi bila mat berhenti di tepi jalan nak bagi tumpang…keadaan sekeliling mat tiba2 berasa sejuk…seram giler....Pompuan tu tanpa ditanya dah pandai2 naek moto mat..(Erm..budi bahasa budaya kita???)..

Mat: Erm?? Dik??
Perempuan: Rumah kiter di atas bukit yang dekat dgn kuburan cina tu…


Mat hanya mengangguk dan meneruskan perjalanan. Sepanjang perjalanan, bulu roma mat menegak bagaikan kawat puteri islam…
Mat bersuara: Dik tinggal sana keh?

Perempuan tersebut langsung tak menjawap tapi rambutnyer yang bagaikan iklan model rejoice menyentuh bahu mat telah melajukan lg motor mat ..

Tiba2 mat berasa pompuan yang aneh tu telah ghaib dari cermin sisi moto …tetapi moto tetap berasa berat seperti ader orang membonceng..

Bila mat menoleh ke belakang tuk kepastian..

Mat terkejut! Lalu berhenti sebab terkaku..

Lepas 2 minit....
Sambil meminta maaf, mat memapah balik pompuan gemuk yang jatuh tergolek ke belakang tu balik naek motor dan hantar balik rumah…
Tamat
✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖
P.s: Pompuan gemuk tu bukan hantu..^-"✖

Friday, July 10, 2009

Cikgu Gaduh!!


✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖
Cikgu: Pelajar2 sekalian, ingat 1 + 1 = 2!
Man: Cikgu! Cikgu! 1 + 1 ialah 1 lah cikgu!!
Cikgu: Huh? Man, sebagai contoh cuba tengok pensil ni, kalau 1 pensil tambah lagi satu pensil jadi 2 pensil kan..
Man: tapi cikgu…
Cikgu: (budak ni, byk betol songeh!!)..yeh man, ader soalan lagi??
Man: Cikgu! Sebagai contoh bila 1 titisan air diletak di atas 1 kuali panas bersamaan dengan 1 kuali kan cikgu!
Cikgu: erm.. (sambil lihat sekeliling kelas)..Man.. Sebagai contoh satu pemadam campur satu pemadam sama dengan 2 pemadam kan, Jadi 2 lah..
Man: Cikgu! Cikgu! Sebagai contoh, satu titik air atas meja dicampur satu titik air lagi masi lagi satu titik air lah cikgu!!
Cikgu: (Cuak..)Ermmmm….
Triiiiiingggggggggg!!!!!!!! >>Masa rehat
Cikgu: Ok kelas, boleh p rehat sekarang…(Alhamdulilah, aku selamat!!!)
✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖

Monday, July 6, 2009

Emosionalisme!!

▄▀▄Ha… ada story!▄▀▄
✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖
Bebe: Yam!! Kau sental tak ketiak kau semalam? Apasal macam ikan masin basi! Siap tercium dalam radius 10 meter!!
Suriam: Hoi! ketiak aku masam ker, berhutan ke, kau peduli ape..aku pon manusia jgak! Ada feeling!
Bebe: Apasal tiba-tiba pulak emosionalisme ni!!

Suriam dan Bebe dah tak bertegur dah..
✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖
Pesan ritz cuma satu, berpadalah2 dlm mengatakan sesuatu. Jangan keterlaluan sehingga menggangu-gugat keamanan & kesejahteraan orang laen..Okay..Chow!

P.s✖ Untuk maklumat, ketiak gue wangi yeh..kalau tak percaya, datang sini cium ketiak gue..^-^ betol kan kan kan!!✖

Friday, July 3, 2009

Mum Vs Sale!

▄▀▄Alkisah lah satu hari lagi…▄▀▄
Mum: Ichat oh ichat… turun jap…
Ichat: Yeh mum, tgh tgk video ni, jap lagi saya turun .. naper??
Mum: Ni hah, tadi mak nampak ada sale ni jadi mak belikan lah, muat tak ngan ichat ni??
Ichat: (mesti baju lagi ni??) hah muat lah tu, berapa byk mum beli??
Mum: 6 jeh dah murah kan..
Ichat: 6!! Biar betol, byk nyer!!
Mum: hah ialah, ader kaler putih, merah, hijau.. erm..pink pun ader gak tapi pakai jeh lah pink ni sebab dah sekali, takde org nampak pun nanti..
Disebabkan ayat mummy yang memusykilkan tu aku cepat2 turun ke bawah…
Ichat: (terkejut dengan apa yg saya nampak) Mak!! BO…BOX…BOXER…Eeee..mak ni, tahulah saya beli nanti, malunya kalau org tahu ni!! Jatuh water face karang!!
Mum: yelah, dah mak nampak boxer kau dah ber*^$#%%%&*(tut tut tutttt..harus ditapis!!), hah cepat lah p try..nanti tak muat membazir jeh beli!!
✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖

P.s: Ichat itu bukan saya!!
P.s.s: Ichat tu bukan bukan saya!!!
P.s.s.s: Ichat tu bukan saya lah!!!

Thursday, July 2, 2009

Li pikir lah sendiri!!


Baru baru ni ader member saya cite pasal die menang main nombor, agak2 empat angka lah gak die menang..
One month later, dengan penuh semangatnya die menceritakan bagaimana die spen-der money…

RM2500✖Sport rim keta yang berkilat menusuk mata!!
RM1300✖tempat duduk keta yg siap ada span lagi so duduk mcm terapung lah kot!!
RM1200✖Ekzos keta yang 5 km pun boleh dengar!!
Bla..bla…bla n other lah yang saya tak hingat lagi!

Semalam tiba2 pulak die hantar sms..
A✖ Besok teman aku p kedai hp!
R✖ Apsal, hp kau rosak keh??
A✖ Nope, tlg aku carikan hp murah-murah tuk anak ku yah..
P.s:: Anything yang anda pelajari dari kisah ini? Munkin ada, dan mungkin tak ada apa-apa…terserah…

Tuesday, June 30, 2009

My crazy students!!

▄▀▄Kes short stories▄▀▄
Cikgu: Macam mana nak memartabatkan lagi Bahasa Malaysia??
Students: Ajar Bahasa Malaysia dalam bahasa Inggeris cikgu!!
Cikgu: jahan^&%@%&!! Tut tut tutttt(terpaksa ditapis)

✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖

▄▀▄Kes long essay▄▀▄
Cikgu: Tomok!
Students: Yes Teacher!
Cikgu: What is O!!
Students: er..er..er… O is… er..
Cikgu: O is Oxygen lah, takkan O tuk Otak kau pulak!!!
Students: (ala2 seruan zombie kampong pisang) Otak…Otak…Otak..oooo..
Cikgu: jahana%&$^&*) tut tut tutttt…..I quit!!!!
P.s: ni pasal ppsmi lah ni!!! takdelah aku quit, kang aku mengangur pulak!!

✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖

Thursday, June 25, 2009

OMG! Berita Baik & Berita Buruk!


Ermm... aku ada berita baik, berita buruk and berita TV1 taw...
Berita baik ni malu sikit nak cakap..Tapi ermmm.... ok ok... saya rasa saya dah...KURUS! KURUS!Wah!!!..tu jeh pun berita baik nyer...(^-")

Berita buruk nya pulak...
(eh eh jgnlah emosi dulu,korg blum abis baca lagi ni)
Saya Ritz terpaksa resting jap dari blogging sebab nak prepare thesis ...sedih kan kan kan...(sekarang baru boleh korang nangis keke)


P/s✖will be back on July!!(Dahlah menangis tu..)

Thursday, June 18, 2009

Taman Tergantung Babylon Malaysia??

♪♫Pat pat siku lipat,
Sarawak femes ngan kek lapis n lada putih..
Sabah femes ngan mutiara n kristal..
..tu lah kata orang tua zaman dulu♪♫ … ^-^


Apepun, hari ni saya nak bawa semua blogger saya melawat Pasar Gantung Mutiara …apasal dikenali pasar gantung. Entahlah... nak komersial ala2 Taman Tergantung Babylon kot..(jgn korang percaya sgt teori aku!)

✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖selamat datang ke Taman tergantung eh2 salah.. Pasar gantung Mutiara✖
✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖ade mutiara putih, mutiara pink, mutiara hitam...kepala org macam mutiara pun ade..^-^✖
✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖Menarik perhatian aku untuk melihat setiap satu dan sekaligus menghadiahkan traffic jam dalam otak…pening..✖
✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖
✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖Byk giler mutiara, siap boleh bawa mandi lagi...^-^✖
✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖
✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖
✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖
✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖
✖Pasar ni beza sikit dgn pasar lain sebab penuh dengan mutiara yang tergantung tp bukan manusia tergantung..tu dlm cite seram Thai jeh wujud..✖
✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖

✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖
✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖

Selain mutiara, Aku juga merupakan tarikan disitu bukan sebab aku kiut (perasan pulak), tapi org sibuk membeli, aku pulak sibuk klik klik..benggang gak penjual situ..

p.s: Korang mesti mesti tak paham apa yg nak disampaikan berdasarkan tajuk. Kan, kan? Jadi, hantarlah segera comment sebelum masa mencemburui atau jeles kat korang..^-^

Monday, June 15, 2009

keja lu melipat lah!!

♥✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖♥
Last Sunday.. pogram Jalan2 Cari Jeans telah dilaksanakan…

Sambil jalan2 tu, saya pun masuklah satu kedai jeans yang agak “standard” gak..
Cari2 jeans tapi berkenan pulak ngan t-shirt purple yang tergantung..

nak tanya tuk saiz m…tapi yang hampehnye, salesgirl nyer busy pulak berborak kt ujung kedai…

Saya pun mulalah cari saiz baju m tu di kawasan baju tersebut dilipat..

Tiba2 salesgirl tersebut mula menghampiri saya dan mengeluar kata mutiara ini,

Salesgirl: Dik! Boleh tak adik jgn hamburkan baju sini sebab kami dah penat lipat dik, kan ada sampel baju ni digantung dik!

Ritz: (Dengan geramnya) Kak, boleh tak akak kerja sikit sebab akak ni makan gaji tuk layan customer bukan makan gaji kosong jeh..

Meninggalkan kedai tu dgn sakit ati sekali & black list terus!!
♥✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖♥
P.s: sampai hari ni masi terbayang t-shirt purple tu…lawa nyer baju tu ahhhh!!

Thursday, June 11, 2009

Seluar dalam AKA spender...


✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖
Tajuk entry ni hanyalah pengalaman penulis semata-mata, tak ada kaitan dengan lucah yer ….^-^
Sehari sebelum esok, saya telah membuat kunjungan rasmi ke Giant tuk membeli tingkap(window shopping lah..)

Setelah satu jam berlegar di Giant.. saya pun menamatkan lawatan rasmi ni, tetapi sebelum meninggalkan Giant, saya membuat lawatan terakhir saya dalam tandas giant di samping menyiapkan urusan rasmi di sana ..

Alangkah terkejut nya saya biler saya terjumpa seluar dalam merah tergantung di paip basuh tangan…

Disebabkan Culture Shock ini lah telah menyebabkan saya tidak meneruskan lagi urusan rasmi saya…no more business!!

Semasa memandu balik, biler saya ternampak papan hotlink… saya terbayang BENDA merah tu..oh tidak!! -_-

✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖
P.s: Sudah tiba masanya kita menangani masalah ini sebelum terlewat. Fikir dulu sebelum buang, Jadikan amalan mengitar semula sebagai sebahagian hidup kita...♫♫

Monday, June 8, 2009

Mummy.. tu lah PENTDRIVE!!


✖Alkisah lah satu hari…✖
Mum: Ichat(Nama manja kat umah..), gambar2 hari tu dah simpan blum?
Ritz: Dah letak dalam pentdrive, mum..
Mum: pentdrive tu aper??
Ritz: Ni hah..(sambil tangan tunjuk kat pentdrive tu)
Mum: Muat kah gambar dalam tempat kecik tu?
Ritz: Muatlah mum, semua gambar tu dah saya simpan dalam ni hah..
Mum: Huh?? Keciknya tu, macam mana ‘pandrif’ tu boleh muat semua gambar??
Ritz: Pentdrive ni macam almari mum, boleh simpan gambar, video pun boleh macam VCD lah jugak.
Mum: Video pun muat?? Bukan VCD lagi besar dari pandrif tu, mcm mana boleh muat pulak.
Ritz: Ermm.. Tu macam VCD dijadikan keciklah mum.. Surat yang di email uncle hari tu pun masuk pentdrive ni.
Mum: Huh?? Surat tu macam mana boleh masuk dalam pandrif pulak?? Digulung kah?
Ritz: (tak terkata…)
Mum: Eh eh, tak payah lah masukan semua gambar dalam pandrif tu, nanti sempit dalam pandrif tu, comot nanti gambar tu.
Ritz: (makin confuse..) -_-

✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖
P/s: Keesokan hari mummy saya tanya soalan sama tapi bukan pasal "pandrif" lg tapi ttg memori kad pulak...

P/s: sorry baru update blog, julai ni agak busy sikit ngan FYP(final year project)..bukan project dalam bilik yeh huhu

Tuesday, June 2, 2009

Pengemis?? Damn no...


Bab Satu♪
✖Pagi tadi ketika saya membeli tembikai di pasar Besar Tawau, saya dihampiri oleh seorang pengemis lelaki... pengemis itu menyodongkan tangan meminta sedekah dari saya...
I : Dik, saya jalan jauh dari Batu Payung dan tiada duit tuk makan. Mohon minta sikit duit tuk makan dik..
S : (Serius keh? kurus kering mcm ni jalan dari Batu Payung? Tu 10 batu jauhnyer! ah.. sudahlah..) Hm.. yah.. Ini Pak Cik.. ni jeh ada..
I : Terima kasih banyak Dek..✖


Bab Dua♫
✖Semasa naik tangga ke tingkat atas terjumpa pulak seorang ibu mengendong babynya turun bertentangan arah, ibu tu tgh angkat byk barang...
I : Maaf dik,kesian saya dik sbb kehabisan duit tambang, boleh mintak sedikit duit tambang?
S : (Ai? Bawa berkilo2 brg pun mintak duit?? Shopping kat pasar sampai takde duit tambang keh??) … Ni mak cik, gunalah apa yang perlu ..
I : Terima kasih banyak dik.. Semoga dibalas oleh Tuhan.✖


Bab Tiga♫♪
✖Lepas 5 minit...Seorang pemuda indon yang tempang kakinya menghampiri saya..
I : Mohon bantuan a’.. saya kelaparan.. butuh uang buat makan
S : (Ya ampun.. ada lagi.. ) …

Saya pun meninggalkan dia, tapi karena kesian, saya kembali, melihat dia terduduk di pinggir jalan sambil menyandar di tiang elektrik (Waduh, dramatik sekali!!). Lalu saya menghampiri, dan memberikan wang.
S : Ini Pak, tolong segera bapak pakai buat makan. Bapak lapar kan?
P : Terima kasih a’, semoga Tuhan membalas perbuatan aa’.✖

✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖
Saya tahu kalau pengemis minta sedekah seperti ini mungkin merupakan penipuan. Di TV pernah ada liputan tentang pengemis-pengemis profesional yang memiliki teknik tertentu untuk meminta sedekah. Tetapi bagi saya sendiri, daripada fikir pasal tu itu, baik ikhlaskan jeh segala pemberian tersebut. Kalau dia yang menipu dia sendiri yang menanggung akibatnya. Kan??
✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖

P/s: Result dah kuar, so happy coz get my fifth dean list♥!! Thank God! ♥^-^♥

Thursday, May 28, 2009

Girl dah kalah?? Damn no...

Semalam, p Watson jap beli berus gigi, ternampak satu pasangan melayu "IDEAL"..tp yg peliknya boifren pulak yg menerangkan TONER dan FOUNDATION mana yang match tuk girlfriendnyer ala2 pakar kecantikan jeh bfnyer

Adakah BFnyer tu kategori lelaki metroseksual??
sehinggakan gfnya pun tak seadvance bfnyer dalam aspek facial...

...Rasanya kalo bertambahnya lelaki metrosexual dlm dunia ni.. kaum wanita terpaksa bersaing ngan lelaki yg mementingkan "kecantikan" diri..& adakah gal dah kalah spt apa yg saya perhatikan??

Spa, Facial, Slimming, Manicure, Pedicure.. yg dulunyer hanya dibuat oleh org perempuan sekarang da bertumpu pada org lelaki juga...

Cth perbualan pasangan metrosexual ..

Suami 1 : Yang minggu ni I tak bleh keluar ngan u.. i ade facial la yang...

Suami 2 : Yang yang.. bulan ni I terpaksa bagi u duit belanja kurang sikit la.. i nak gi spa n facial la.. kulit da kasar ni....

Lelaki 3 : Sayang.. bulan ni u tak yah la beli u punya makeup bnyk sgt eh.. i nak kena top-up scrub n moisturizer I la yang... budget lari la...

Lelaki 4 : Yang.. sape bukak foundation baru I ni.. i tak suker la cam ni...

Lelaki 5 : Yang bleh pinjam moisturizer tak ? I punya da abis la yang..

-----------------------------------------------------

Isteri :Waduh! mcm mana nak jimat ekonomi rumah tangga ni dah laki bini sebuk jaga kecantikan diri nanti anak2 kebelur lak tak makan (Dalam hati bini)

P/s: Pesan saya kepada lelaki yang sebegini jangan melampaui batas,sekiranya
anda lelaki sejati anda pasti tahu bagaimanakah rupa dan gaya lelaki sejati yang sebenar selagi tidak melampaui batas agama

Tuesday, May 26, 2009

Fat girl?? Damn yes...

One day… semasa membeli sate… telinga saya yang agak penyibuk ni terdengar perbualan antara ibu (sgt vogue) & daughternya (sgt XXXL)…

Anak: Ibu, ibu, nak tambah lagi sate ayam, lapar lagi lah ibu…

Ibu: Sudah! Kau tak sedar diri lagi keh yang badan kau dah besar, kalau terus badan macam ni, jangan harap ada orang nak pinang kau…

Anak:.... (-_-)

Apasal skrg ni ramai org fobia dgn GUMUK??? Org GUMUK ni xcantek ke…

Bagi saya menarik aper! Kalau mereka pandai menjaga apperance, saye pernah nmpk wanita berbadan besar yg pandai berfesyen..hehe.. kagum giler la..! Perempuan hot bukan sebab badannya, tapi sebab dressingnya…^-^

Bagi mereka yg kategori CHUBBY, ingat dalam hati diorang tak ingin perubahan keh?.. menipulah kalau kata tak nak… mana ada satu manusia pun yang puas dengan apa yang dia ada... am i'm right?

Bagi saya, tak semua CHUBBYsize tu xlawa.. ramai yang I jumpe some of them mmg menitikberatkan ketrampilan diri... pandai bergaya, n yg paling penting dorang semua ni kelakar .. kalau xde orang yg mcm ni x hapenning... sesetengah mereka berusaha keras nak dapatkan shape yng di inginkan but selainnya mmg berserah... dah Tuhan nak jadikan mcm ni terima je lah... tp apa2 pun sokongan n pujian harus diberi pd mereka2 yg sentiasa nakkan perubahan..


P/s: Bro, klu ingin menyukai seseorang, janganlah pada rupa tetapi pada hatinya!!